Tuesday, April 23, 2013

the Forty :D

Assalamualaikum, just nak sharing moring tentang Hadis 40 hee.^_^
 
HAdis kan ada banyak, hadis sahih, daif, hasan, ahad, dhaif. TApi, marilah kita berkenal kenal dengan hadis 40 dulu..

Hadis 40 ni  koleksi hadis-hadis yang disusun oleh Imam Nawawi di dalam kitab beliau tajuk Matan Arba'in.Dalam kitab ni lahh ada 42 hadis yang disabdakan terus oleh NAbi Muhammad kepada sahabat2. means hadis sahih la (hadis yg boleh dipercayai) bebas keraguan. Antara main point hadis2 mengenai akidah dan tauhid dalam islam. So , hadis kita untuk hari nii  :-

#HADIS PERTAMA

عن أمير المؤمنين أبي حفص عـمر بن الخطاب رضي اللـه عنه قال: سمعت رسول اللـه صلى اللـه عليه وآلـه وسلم يقـول: إنمـا الأعـمال بالنيات وإنمـا لكل امرئ ما نوى. فمن كانت هجرته إلى اللـه ورسولـه فهجرته إلى اللـه ورسولـه. ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امـرأة ينكحها فهجرته إلى ما هـاجر إليـه. (رواه البخـارى ومسـلم)


" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.

Hadis ni memang femes, kalau dekat sekolah tu mmg belajar pasal hadis ni. Tapi kita sbg muslim mmg perlu ambik port dekat hadis ni. sebab hadis ni berkisar mengenai benda yg paling basic dalam hidup iaitu ' NIAT'.

Setiap ayat, hadis yang diturunkan, ada sebabnya. Sama juga dengan hadis ni.

Sejarahnya, ketika peristiwa penghijrahan umat Islam dari Mekah ke MAdinah. Selepas mendapat petunjuk dari Allah, untuk berhijrah dari Mekah kerana umat Islam ditindas dan diboikot oleh orang kafir Quraisy.

Maka, orang2 Islam pon berhijrahlah dari Mekah ke Madinah untuk mendapat redha Allah, tetapi, ada seorang lelaki berhijrah dengan niat untuk berkahwin dengan seorang wanita di MAdinah yang bernama Ummu Qais. Kerana itu, lelaki berkenaan digelar sebagai Muhajir Ummu Qais." So sebab utama dia nk berhijrah adalah kerana perempuan, bukan kerana Allah.

Nampak tak kat situ, even perkahwinan diredhai Allah, tapi Niat lillahitaala itu mesti jadi our first priority :DD

Conclusion, niat tu sgt penting dalam segala hal yeeeeee~ tapi xsemua niat jugak menghalalkan sesetengah perkara. dahla xnak 2bebel pnjg. Wait for the second hadis esok:DD

Toddles,

Assalamulaikum :DD






No comments:

Post a Comment